
Pengenalan
Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan lazat yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Orang kelahiran Kelantan mungkin sudah biasa dengan makanan-makanan tradisional mereka, namun pada mereka yang bukan anak jati Kelantan, rugi sekiranya berkunjung ke sana, tetapi tidak cuba merasai keunikan dan keenakan makanan mereka. Sebut sahaja pemanis mulut yang ada di Kelantan, memang sangat banyak. Kelantan yang terkenal dengan syurga makanan tradisional mempunyai pelbagai jenis kuih muih dengan pelbagai rasa, pelbagai nama dan keunikannya tersendiri. Di sini, terdapat pelbagai jenis kuih yang boleh anda dapati di Kelantan. Ada di antaranya yang susah didapati dan ada juga yang tidak dikenali ramai dengan nama yang pelik. Apa yang penting, keenakan dan kemanisannya hanya boleh didapati bila anda berada di sini.




