top of page

1. AKOK

Kuih akok sangat popular di Kelantan dan Terengganu. Rahsia resepi kuih akok adalah berkait rapat dengan sifat kedekut atau tidak pembuatnya. Hal ini kerana proses penghasilan kuih akok yang sedap memerlukan penggunaan telur yang banyak. Oleh itu jika pembuatnya kedekut, telur ayam yang digunakan adalah sedikit. Ini akan menghasilkan rasa kuih akok yang tawar atau tidak sedap, dan mempunyai banyak tepung. Kuih akok menjadi kuih tradisi Kelantan.

akok2.jpg
853508804_26331.jpg
853503099_25946.jpg

2. lompat tikam

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

lompat tikam chef obie.jpg
Capture.PNG
lompat tikam.jpg

3. CHE MEK MOLEK

Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah

4. nekbat

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.

P3211817.JPG
Kueh-Cek-Mek-Molek.jpg
Resepi-Cek-Mek-Molek.jpg
download.jpg
images (1).jpg
kuih-nekbat.jpg

5. JALA MAS

Kuih jala mas ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu. Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dikalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.

Jala-Mas.jpg
Jala mas.jpg
kuihjala.jpg

© 2023 by Salt & Pepper. Proudly created with Wix.com

SUBSCRIBE VIA EMAIL

bottom of page